AKTIVITI BINTULUfm
TETAMU RADIO BINTULUfm DAN WAIfm BINTULU
1. 21.08.2020 (JUMAAT) : Temubual bersama Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Bintulu - Doktor Suriani binti Sulaiman pada pukul 10.15 pagi yang berkongsi mengenai Penyakit Tuberkulosis.
2. 28.08.2020 (JUMAAT) : Temubual menerusi Info Ekspresi Bintulufm 10.15-11.00 pagi mengenai topik Demam Denggi bersama dengan tetamu Cik Nur Syafiqah (Pegawai Ahli Kaji Serangga Unit Entomology Pejabat Kesihatan Bintulu)
3. 11.09.2020 (Jumaat) : Temubual bersama Dr. Siti Maisara Binti Saian (Pakar Psikiatri) dari Hospital Bintulu yang akan berkongsikan tentang ''Let's Talk Minda Sihat : Kesihatan Mental Milik Semua, Bersama Mencegah Bunuh Diri''sekitar jam 10:15am menerusi Info Ekspressi Bintulufm
TETAMU SEGMEN JOM SEMBANG BINTULUfm DAN LANSA BERITA BINTULU WAIfm BINTULU
7 OGOS 2020 (JUMAAT) : Siaran pada pukul 10.15 pagi temubual bersama Pakar Perubatan Keluarga, Klinik Kesihatan Bintulu - Doktor Rawa Bau yang berkongsi mengenai Norma baharu di Klinik Kesihatan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Sesi temubual ini turut disiarkan dalam siaran Bahasa Iban WAIfm Bintulu pada 10 Ogos 2020 (Isnin) pukul 12.45 tengah hari.
LAWATAN KERJA PENGARAH PENYIARAN NEGERI SARAWAK, ENCIK ABDULL HADI BIN MOHD YUSOFF KE RTM BINTULU
2 JULAI 2020 (KHAMIS) : Pengarah Penyiaran Negeri Sarawak - Encik Abdull Hadi bin Mohd Yusoff telah mengadakan lawatan kerja ke RTM Bintulu.
Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Seksyen Radio - Encik Zulkefli bin Mohd, Penolong Pengarah Kejuruteraan Radio - Encik Zulkiflee bin Daud, Pengurus Stesen RTM Bintulu - Encik Beverly Kho, Ketua Unit Perhubungan Raya - Encik Abdul Khalid bin Suud, Penolong Pegawai Tadbir Kanan - Encik Sudin Raki dan Penyelia Keselamatan - Puan Hajijah binti Suteh.
LAWATAN KERJA PENGARAH PENYIARAN NEGERI SARAWAK, ENCIK ABDULL HADI BIN MOHD YUSOFF
30 JUN 2020 (SELASA), 1 JULAI 2020 (RABU) & 2 JULAI 2020 (KHAMIS) : Pengarah Penyiaran Negeri Sarawak - Encik Abdull Hadi bin Mohd Yusoff telah mengadakan lawatan kerja ke Tanah RTM di Jepak, Stesen Pemancar Belaga dan Sungai Asap, Stesen Pemancar Radio Setiam serta Tapak Projek Bangunan RTM Bintulu.
Hadir sama Ketua Penolong Pengarah Seksyen Radio - Encik Zulkefli bin Mohd, Penolong Pengarah Kejuruteraan Radio - Encik Zulkiflee bin Daud, Pengurus Stesen RTM Bintulu - Encik Beverly Kho, Ketua Unit Perhubungan Raya - Encik Abdul Khalid bin Suud, Penolong Pegawai Tadbir Kanan - Encik Sudin Raki dan Penyelia Keselamatan - Puan Hajijah binti Suteh.
TINJAUAN KRU RTM BINTULUfm DAN WAIfm BINTULU SEMPENA PEMBUKAAN SEMULA TADIKA DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)
1 JULAI 2020 (RABU) : Kru RTM BINTULUfm dan WAIfm Bintulu membuat tinjauan ke Tadika Kemas Bahagian Bintulu dan Tadika Kemas, Sungai Plan sempena pembukaan semula dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
TETAMU SEGMEN JOM SEMBANG BINTULUfm DAN LANSA BERITA BINTULU WAIfm BINTULU
10 MAC 2020 (SELASA) - Temubual bersama Encik Sat Maling daripada Universiti Putra Malaysia Kampung Bintulu (UPMKB) dalam Segmen Jom Sembang pada pukul 10.15 pagi dan Segmen Lansa Berita Bintulu pada pukul 1.00 tengah hari yang bercakap mengenai Hari Terbuka Akademik UPMKB 2020.
TINJAUAN KRU RTM BINTULUfm KE SMK BINTULU SEMPENA HARI KEPUTUSAN SPM 2019
5 MAC 2020 (KHAMIS) : Tinjauan kru RTM BINTULUfm ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bintulu sempena Hari Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang dikeluarkan bermula pukul 10.00 pagi.
TETAMU SEGMEN JOM SEMBANG BINTULUfm
Temubual bersama Ketua Daerah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bintulu - Encik Mohd Dzulfikhar Abdul Rahim dan Penolong Pegawai Antidadah - Nicholas Sam yang berkongsi mengenai Bulan Antidadah Kebangsaan.
TETAMU SEGMEN JOM SEMBANG BINTULUfm
Temubual mengenai Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah Bintulu dan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Bahagian Bintulu menerusi Segmen Jom Sembang di BINTULUfm.
TETAMU SEGMEN JOM SEMBANG BINTULUfm
Temubual bersama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju - Penolong Penguasa Bomba, Hashim Norshidi pada 28.01.2020 (Selasa) menerusi Segmen Jom Sembang BINTULUfm pukul 10.15 pagi hingga 11.00 pagi.
TETAMU SEGMEN JOM SEMBANG BINTULUfm
Tetamu Segmen Jom Sembang BINTULUfm, Puan Yatimah Haji Rabuan, Timbalan Pengarah merangkap Ketua Seksyen Penguatkuasaan dan Pematuhan, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri.